EKSA adalah singkatan daripada “EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM”. Ringkasnya ia adalah satu penjenamaan semula kepada amalan 5S yang diamalkan sebelum ini oleh agensi-sgensi kerajaan yang memperoleh sijil amalan daripada pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia). Tujuan diperkenalkan EKSA supaya dapat meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi dengan berimejkan korporat disamping mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti. Pada tahun 2010, MAMPU telah mempersijilkan amalan 5S ke atas beberapa agensi dan Jabatan Kerajaan dan tempoh sah laku sijil tersebut selama 2 tahun. Bagi merealisasikan dan memantapkan lagi suasasana tempat kerja yang kondusif berdasarkan amalan 5S, penjenamaan semula dilakukan dengan acuan sendiri dan tidak lagi menggunapakai nama 5S (Seiri-Seiton-Seiso-Seiketsu-Shitsuke), sebaliknya amalan 5S telah dimasukkan sebagai sebahagian komponen dalam pelaksanaan EKSA ini.
Antara tujuan penjenaaan semula nama 5S Sektor Awam kepada EKSA
adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus kepada
persekitaran kerja yang kondusif, ke arah kepelbagaian agensi, mengutamakan
kreativiti dan inovasi dan ‘go-green’. Faedah-faedah penjanamaan semula ini
adalah seperti berikut :- Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti;
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi; Mengenalpasti,
mengurangkan dan menghapuskan pembaziran; Meningkatkan semangat ‘esprit de
corp’; Meningkatkan displin warga agensi/jabatan, dan Meningkatkan mutu
penyampaian perkhidmatan.
No comments:
Post a Comment